Thursday, November 11, 2010

TESTIMONI 2



Testomini ke-2 ini saya peroleh dari rakan niaga Redianze. Pemilik mengalami masalah jerawat yang agak kronik. Pelbagai produk telah beliau cuba tetapi masalah jerawat beliau masih sama. Setelah mencuba Redianze, perlahan-lahan jerawat di wajahnya berkurangan dan beransur pulih selepas dua minggu pengambilan.

Wednesday, November 10, 2010

TESTIMONI 1 (AFTER)

Pn As cukup bersyukur kerana parut pada wajahnya semakin pulih malah kulit wajahnya bertambah gebu dan bersih. Badan beliau juga semakin ringan dan bertenaga. Beliau telah mengamalkannya hanya dalam masa 3 minggu. Nantikan kemunculan Pn As yang terkini nanti.

TESTIMONI 1

Pn As tidak mahu identitnya diketahui tetapi sudi berkongsi pengalaman tentang Redianze. Beliau mengalami masalah parut yang agak kritikal akibat dari kemalangan jalan raya beberapa bulan yang lalu. Pelbagai produk telah beliau cuba tetapi masih mengecewakan beliau. Setelah mengamalkan REDIANZE selama 3 minggu, wajah beliau berubah sama sekali. Beliau cukup bersyukur akhirnya wajah beliau semakin pulih malah kulit wajahnya semakin tegang, lembut dan cerah.

Wednesday, November 3, 2010

PERKONGSIAN REDIANZE


Pada mulanya aku agak keberatan utk mencuba kerana sudah terlalu kecewa dgn produk yang aku pernah cuba sebelum ini. Sudah terlalu banyak produk dipasaran yang telah aku cuba dan belasan ribu ringgit juga sudah aku laburkan semenjak dibangku sekolah lagi. Tetapi tiada perubahan yang boleh mengembirakan aku. Aku mangalami penyakit resdung atau sinus yang agak kritikal sejak dibangku sekolah lagi. Kalau tak serius, mana mungkin muka aku dulu seperti katak puru. Hehehe. Wajahku berbenjol sana, berbenjol sini, berparut sana, berparut sini. Penuh satu muka dengan 'anasir luar'. Rimas!!!..Keyakinan diri tak usah katalah. Hilang entah kemana. Aku sedaya upaya akan cuba elak untuk berjumpa dengan orang ramai. Lebih-lebih lagi kaum adam.Hehehe. Malu la..Pelbagai treatment telah aku cuba termasuklah di Slim World. Wanita kalau nak cantik memang sanggup berhabis. Alhamdulillah selepas membuat rawatan di Slim World terdapat perubahan pada wajahku ini. Aku cukup bersyukur. Walaupun jerawat sudah tiada tapi parut yang kekal masih ada. Mukaku seakan berlubang-lubang. Mungkin perlukan masa untuk hilang. Aku tetap bersyukur sekurang-kurangnya wajahku tidaklah seperti sebelum ini. Kusam dan berjerawat batu. Nasibku tidak la sebaik mana, jerawat muncul kembali. Sah la, masalah dalaman yang perlu aku tangani sekarang ini. Aku diperkenalkan produk kesihatan yang telah aku amalkan sejak belajar di Universiti lagi. Alhamdulillah, masalah resdung yang aku tanggung sekian lama beransur pulih.

Pada tanggal 3/11/2010 bermulalah produk REDIANZE menjadi rutin gaya hidup sihatku. Meskipun pada mulanya aku agak keberatan untuk mencuba tetapi setelah mendengar penerangan lengkap oleh Dr Perubatan Modern yang memformulasikan REDIANZE ini, aku cukup yakin dan bertekad untuk mencuba produk REDIANZE. Aku sebenarnya berharap REDIANZE memberi sinar baru dalam hidup aku dan sekaligus dapat membantu menangani penyakit aku yang satu itu. Lagipun tak salahkan mencuba. Dengan hanya RM160.00 sekotak (20 sache) jika nak dibandingkan dengan belasan ribu yang telah aku habiskan. Harga yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Hari ini 10/11/2010 adalah hari ke-8 aku bersama REDIANZE. Dalam sejarah aku ke tempat kerja tanpa sebarang make up. Kulit wajahku semakin cerah dan lembut. Kulit wajah tidak kering dan berparut seperti sebelum ini. Tidak perlu menutup cela dengan berbedak lagi . Tak sabar menanti hari ke 30, seterusnya hari ke 90. Nantikan perkongsian yang akan datang. REDIANZE I LIKE!!!